Sambutan Hari Sukan Negara SMK St Paul
Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada
setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari
Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan
di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke
arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara
Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di
jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah
Wawasan 2020. Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara bakal
diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap
lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan
Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk
tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan
rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai
program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. Hari
Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan
rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan
peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah
iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60
peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas
dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit
kronik dikalangan rakyat Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)