#kod adsence SMK Saint Paul Beaufort: 2016

PT3 2016

Selamat menduduki peperiksaan PT3 buat pelajar-pelajar tingkatan 3 SMK St Paul. Semoga dikurniakan ketenangan hati dan fikiran semasa menjawab soalan. Juga, semoga dikurniakan kejayaan yang cemerlang! Amin…..

Sambutan Hari Sukan Negara SMK St Paul

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

Motivasi SPM SMK St Paul

Program Motivasi pelajar SPM telah diadakan pada 29 September 2016 di Dewan SMK St Paul. Semoga program ini dapat meningkatkan semangat dan prestasi diri para pelajar calon SPM pada tahun ini. Tahniah kepada pihak penganjur terutamanya UBK dan guru2 yang terlibat.


Perkhemahan Matematik Perdana

Perkhemahan Matematik Perdana peringkat daerah anjuran UMS telah diadakan pada 23  hingga 25 September 2016 di Lake Eco Membakut. Seramai 14 orang pelajar tingkatan 1 yang mewakili SM St Paul telah menyertai perkhemahan tersebut. Seorang pelajar dari SM St Paul telah terpilih sebagai peserta terbaik perkhemahan iaitu Supardi Arifin. Tahniah.

 Perkhemahan Matematik Perdana

'Sehati, Sejiwa'

Tema sambutan Hari Kebangsaan 'Sehati, Sejiwa' pada tahun ini kerana perlunya memupuk semangat bersatu padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat malaysia. Sambutan Hari Kebangsaan di peringkat sekolah diadakan pada 4 september 2016. Pelbagai aktiviti seperti persembahan dan pertandingan telah dijalankan pada hari tersebut.

 Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah
tema sambutan Hari Kebangsaan tahun lalu 'Sehati, Sejiwa' untuk 2016 kerana perlunya memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Selanjutnya di : http://www1.bharian.com.my/node/170429
tema sambutan Hari Kebangsaan tahun lalu 'Sehati, Sejiwa' untuk 2016 kerana perlunya memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Selanjutnya di : http://www1.bharian.com.my/node/170429

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SMK ST. PAUL,2016

Sambutan Hari Raya Aidilfitri SMK St Paul, 2016
Tarikh:15 Julai 2016             Masa:8 - 10 pagi
Tempat: Dewan SMK St Paul Beaufort

Acara penyampaian keputusan ujian prestasi dan peperiksaan pertengahan tahun dijalankan selepas jamuan bertempat di kelas masing-masing.



HKS dan SHG SM St Paul 2016

Tarikh:24 - 27 Mei 2016
Tempat: Gelanggang Bola Keranjang dan Dewan SM St Paul


Tahniah semua warga SM St Paul 2016,  Selamat Hari Guru.

Makep smsp 2016

Tarikh:7 April 2016
Tempat: Dewan Sm St Paul Beaufort





Mesyuarat PIBG

Tarikh:24 Mac 2016 (Khamis)
Tempat: Dewan SM St Paul
Masa: 8.00 pagi



Sukan SM St Paul 2016

Tarikh:17-19/02/2016
Tempat: Kompleks Sukan Beaufort


Keputusan:
Johan: Rumah Hijau
Naib Johan: Rumah Biru
Ketiga: Rumah Merah
Keempat: Rumah Kuning

Pertandingan Bola Jaring MSSD Beaufort

Tarikh:20 - 21/1/16
Tempat: Gelanggang bola jaring SM St Paul Beaufort

Ceramah Klik Dengan Bijak

Tarikh:20/1/16 (Rabu)
Masa: 7:50 pagi - 9:40 pagi
Tempat:Dewan SM St Paul Beaufort

Merentas Desa 2016

Tarikh:15/1/16 (Jumaat)

Perjumpaan rumah sukan

Tarikh:06/2/16 (Rabu) Masa: 1230 - 0100pm



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...